PodcastsGovernmentKeluar Sekejap

Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Latest episode

203 episodes

  • Keluar Sekejap

    KS EP187 | U-turn Ujian Diagnostik, IJM-Sunway, Ternakan Babi Selangor, Pergolakan Tentera China

    02/2/2026 | 1h 24 mins.
    Episod 187 Keluar Sekejap mencatat sejarah apabila buat pertama kali Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tidak berada di sofa, dengan episod ini menampilkan Zaidel dan Dr Ong Kian Ming sebagai pengemudi perbincangan.Episod ini dimulakan dengan isu cadangan ujian diagnostik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sebelum memasuki Tahun 1 yang akhirnya dibatalkan oleh Perdana Menteri.Turut dibincangkan ialah perkembangan melibatkan IJM Corporation Berhad susulan siasatan SPRM dan tawaran pengambilalihan bernilai lebih RM11 bilion oleh Sunway Berhad, yang mencetuskan persoalan berkaitan tadbir urus korporat, ketelusan dan keyakinan pelabur.Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan lebih sedekad turut disentuh, termasuk pencemaran, sensitiviti komuniti setempat serta kemurkaan Sultan Selangor terhadap cadangan pemindahan ke Bukit Tagar.Di peringkat antarabangsa, penyingkiran dua jeneral kanan tentera China dibedah dari sudut implikasi geopolitik, selain perbincangan mengenai kontroversi Festival Muzik Air KL sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan potensi impaknya terhadap industri pelancongan.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP 186 | Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035, Kes Rasuah ATM, Visit Malaysia 2026, Greenland

    26/1/2026 | 1h 31 mins.
    Episod 186 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada minggu lalu. Antara keputusan utama yang disentuh ialah cadangan kemasukan Darjah 1 pada usia enam tahun serta pelaksanaan Matriks Pembelajaran bagi murid Darjah 4 dan pelajar Tingkatan 3.Episod ini turut mengupas kes rasuah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mencatat sejarah apabila, buat pertama kalinya, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan bekas Panglima Tentera Darat ditahan serta didakwa atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.Selain itu, perbincangan turut menyentuh Tahun Melawat Malaysia, yang menyaksikan Malaysia mengatasi Thailand dari segi jumlah pelawat. Namun, episod ini menekankan cabaran berterusan berkaitan perbelanjaan pelancong yang masih rendah di dalam negara.Bagi isu antarabangsa, Keluar Sekejap mengulas rancangan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengadakan perbincangan segera berhubung usaha mengambil alih Greenland, serta cadangan penubuhan Board of Peace.Kami juga telah melancarkan Kelas Sekejap! Kelas Sekejap ialah Aplikasi Bahasa Inggeris Pertama di Malaysia Untuk Belajar Dengan Bertutur. Dikuasakan oleh AI - Pelajaran disesuaikan ikut minat, matlamat dan tahap anda. Muat turun di Apple Store dan Play Store sekarang!Ikuti Kelas Sekejap untuk pelancaran eksklusif hari ini!Instagram: https://www.instagram.com/kelas_sekejap TikTok: https://www.tiktok.com/@kelas_sekejap
  • Keluar Sekejap

    EP185 | KJ Kembali ke PAU, Refleksi PAU 2025, JMYR Stablecoin, Rex Tan Ditahan

    19/1/2026 | 1h 25 mins.
    Chats5:02 pmSaturday25/10/202501/10/202521/08/2025ContactsAiman MaskargoAiman MxsAiman Wangsa Majuciman PPKIHey there! I am using WhatsApp.See more chat history on the appGet WhatsApp for MacTodayDah11:14 amOK tq11:14 amNanti aku minta jinggo dari duit kita fam11:14 amOk11:17 amBaik11:17 amAda 1 job ni mcm buat media social11:17 amTp bajet dia ciput la11:17 amKat ne11:17 amForwardedCREATIVE_260112_104501.pdf9 pages•PDF•2 MB11:18 amKalau mcm ni11:18 amBerapa nk charge11:18 amHmmmm11:18 amMacam banyak je11:18 amItu la11:28 amKalau mcm ni berapa11:28 amTp bkn semua11:28 amYang mana11:28 amKena jumpa tanya lu11:28 amDah belum1:05 pmok dah1:23 pmkul keluar1:23 pmkasi tajuk1:23 pmKS-EP185-Audio-Podcast.mp3MP3•195 MB1:23 pmJap1:23 pmBagi diorang dulu1:23 pmkul 61:23 pmTarget 51:23 pmok1:24 pm-KJ Kembali ke PAU-Refleksi PAU 2025-JMYR Stablecoin-Rex Tan1:27 pmThis message was deleted1:39 pmHOOK KJ:11:04-11:20“AAAA Yaa saya masuk dewan merdeka….overwhelming for me”1:47 pmPantas pantas1:47 pmOK jp1:48 pmEpisod 185 Audio Siar Keluar Sekejap membincangkan refleksi Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung minggu lalu, yang sarat dengan pengumuman penting serta isyarat politik yang signifikan.Episod ini turut mengupas pelancaran stablecoin pertama yang disandarkan kepada ringgit, iaitu JMYR, yang dibina di atas rantaian blok Zetrix. JMYR kini menjemput syarikat untuk mengemukakan cadangan (RFP) bagi bidang berikut: Payments, Settlement, Trade finance, Remittance dan Enterprise dan integrasi ekosistem. Hantar cadangan anda ke: [email protected] itu, episod ini turut menyentuh isu penahanan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, di bawah Akta Hasutan, susulan soalan yang dikemukakan beliau dalam wacana awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” di Kuala Lumpur, yang mencetuskan reaksi negatif serta menjadi tular di media sosial.Timestamp EP18500:00 Intro01:45 KJ 50 Tahun06:10 Kemuncalan KJ di PAU Pemuda14:20 Refleksi PAU 202546:00 PN masih berpecah51:40 JMYR Stablecoin1:07:40 Rex Tan DitahanIngin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod #keluarsekejap 2026 +6011-1919 1783 [email protected]
  • Keluar Sekejap

    EP184 | Agenda Reformasi 2026, Muafakat Nasional 2.0, Krisis ATM, US-Venezuela

    12/1/2026 | 1h 41 mins.
    Episod 184 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas Amanat Tahun Baharu Perdana Menteri yang menggariskan beberapa reformasi institusi utama menjelang 2026, termasuk Had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, Pemisahan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Penggubalan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dan Penubuhan sebuah institusi Ombudsman yang bebas.Episod ini juga meneliti pendirian Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang mendesak agar UMNO menarik diri daripada kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan serta seruan supaya UMNO dan PAS kembali bersatu atas nama penyatuan politik orang Melayu.Dalam segmen keselamatan negara, KS membincangkan krisis Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan pendedahan kes rasuah melibatkan pegawai kanan serta penyebaran video tular di TikTok yang mendakwa wujud perlakuan tidak bermoral dalam sebuah kem tentera dan implikasinya terhadap integriti institusi pertahanan negara.Bagi isu antarabangsa, episod ini turut mengulas ketegangan antara Amerika Syarikat dan Venezuela, susulan penangkapan Maduro.
  • Keluar Sekejap

    EP08 KenaSoal | Politik Malaysia Sepanjang 2025

    23/12/2025 | 1h 55 mins.
    Episod terakhir KenaSoal bagi tahun 2025 menutup tirai dengan perbincangan menyeluruh mengenai dinamika politik dan dasar negara sepanjang tahun ini.

    Antara tumpuan utama episod ini ialah kupasan rombakan kabinet, perbincangan Figura Politik Tahun 2025 berdasarkan pandangan dan undian penonton, analisis momen politik terbesar 2025 termasuk Pemilihan PKR dan PRN Sabah, isu dasar utama seperti BUDI 95, serta perkembangan dalam Petronas dan implikasinya terhadap industri serta rantaian sokongan. Episod ini turut menampilkan refleksi terhadap keadaan politik dan ekonomi semasa, serta harapan menjelang 2026.

    Terima kasih kepada semua penonton dan pendengar yang setia bersama KenaSoal sepanjang 2025. Sokongan anda memastikan perbincangan yang kritikal, berfakta dan bermakna dapat diteruskan.

    Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?
    Taja episod KenaSoal 2026
    📞 +6011-1919 1783
    ✉️ [email protected]

More Government podcasts

About Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]
Podcast website

Listen to Keluar Sekejap, New Zealand's Financial Market's Authority Podcasts and many other podcasts from around the world with the radio.net app

Get the free radio.net app

  • Stations and podcasts to bookmark
  • Stream via Wi-Fi or Bluetooth
  • Supports Carplay & Android Auto
  • Many other app features
Social
v8.4.0 | © 2007-2026 radio.de GmbH
Generated: 2/4/2026 - 3:51:57 AM